Showing posts with label ANUGERAH. Show all posts
Showing posts with label ANUGERAH. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

ANUGERAH: PENAIK SERI UV FOUNDATION



HARGA PASARAN: RM48.00/20GM
HARGA TAWARAN: RM45.00


Adakah anda inginkan wajah yang berseri, jelita dan terhindar dari sinaran UV yang berbahaya?

Formula unik Penaik Seri UV Foundation Anugerah menggabungkan herba-herba tradisional dan kaedah rawatan Islam untuk menegangkan kulit wajah yang kendur, melembapkan kulit serta menyerikan raut wajah. Insya-Allah anda akan disayangi dan disenangi oleh orang ramai.

Serlahkan kejelitaan anda dengan Penaik Seri UV Foundation Anugerah. Ia direka khusus untuk melindungi wajah anda dari sinar UV berbahaya tanpa was-was. Penaik Seri UV Foundation Anugerah telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa terpilih, menjadikan ianya pilihan terbaik untuk menaikkan seri wajah dan ketrampilan anda.

Kandungan Penaik Seri UV Foundation Anugerah:

1.Limau purut4.SPF 30
2.Sireh5.Air bacaan 30 juzuk al-Quran
3.Vitamin E6.Doa-doa pilihan

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus yang terkandung di dalam Penaik Seri UV Foundation Anugerah ini:

• Bacaan 30 juzuk al-Quran• Ayat-ayat Ruqyah
• Ayat Ruqyah Jibril• Ayat Ruqyah Nabawiyyah
• Selawat Nabi dan doa syifa’• Selawat Tafrijiyyah
• Pendinding al-Muawwizat• Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
• Ayat Kursi• Ayat penawar seribu guna
• Ayat pendamaian• Doa pengasih
• Doa seri wajah• Doa pelaris perniagaan
• Doa penyejuk• Doa pendinding
• Salam sulaiman• Solat hajat

Kaedah penggunaan
Titiskan sedikit di jari dan sapukan pada muka sehingga sekata sembil berselawat. Guna selepas mandi atau selepas mengambil wuduk. Pastikan Penaik Seri UV Foundation Anugerah tidak dilangkah.

Sunday, 3 June 2012

ANUGERAH: PENCUCI MUKA

 UNTUK KULIT BIASA
HARGA PASARAN: RM18.00/40GM
UNTUK KULIT BERMASALAH
HARGA PASARAN: RM20.00/40GM 

TINGKATKAN SERI & PEMANIS WAJAH 
SETIAP KALI ANDA MENCUCI MUKA
 
 Kombinasi bacaan 30 juzuk Al-Quran dan intipati herba tradisional seperti:
Daun Sireh
Buah Pinang
Daun Inai

untuk penyeri air wajah supaya anda disayangi dan disenangi ramai.

Thursday, 19 April 2012

ANUGERAH: AIR DENGAN 30 JUZUK AL-QURAN


HARGA PASARAN: RM4.50/500ML
MINIMUM ORDER: 5BOTOL @ RM22.00
KOS POS SMNJG SHJ: RM13.00

Bukan Sekadar Air Biasa
Air Mineral yg kaya dengan zat & didoakan 30 Juzuk Al-Quran serta ayat-ayat pilihan sebagai penawar & pencapai hajat hati

Kenapa air sering digunakan dalam perubatan Islam?
Allah menjadikan air bukannya benda mati. Ia merupakan elemen hidup & sumber penyucian yg berupaya merakam gema suara serta niat apabila dilafazkan terhadapnya. Umpama kita mengambil wuduk sambil berniat, lalu ia berfungsi menyucikan diri. Sebenarnya, air mampu menyimpan kekuatan & daya penyembuhan kepada umat manusia, sebab itulah ia merupakan bahan penting di dalam perubatan Islam

Penemuan Saintis tentang keajaiban air
Teknologi moden sudah mampu membuktikan sebab air menjadi penawar utama dalam hidup manusia. Para Saintis serata dunia dalam penemuan mereka apabila mendapati molekul air bertukar kepada bentuk kilauan bintang setelah ianya didoakan dengan ayat suci Al-Quran. Ini membuktikan bahawa air adalah benda hidup & bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga tetapi mampu menjadi penawar dalam diri manusia.



Khasiat Air Anugerah yg didoakan
Kebaikan untuk diri sendiri -- menjadi penawar kepada beban kesakitan, melawan sebarang penyakit dari dalam, menjadi penyeri diri & memberi tenaga

Kebaikan untuk keluarga --; melindungi dari gangguan makhluk halus, memberi kesejahteraan rumahtangga

Kebaikan untuk kanak-kanak --; terang hati, mudah memahami pelajaran, melembutkan hati & menguatkan daya ingatan

Kebaikan untuk ibu mengandung -- mengurangkan sebarang penyakit ketika hamil, membantu pertumbuhan kandungan & memudahkan bersalin

Lafazkan niat anda sebelum minum. Kita hanya berusaha hanya Allah menentukan segalanya
Insya ALLAH dengan izin Nya jua





Saturday, 14 January 2012

ANUGERAH: MINYAK SEJUTA RAHSIA


HARGA PASARAN: RM48/130ML
HARGA TAWARAN: RM45.00
3KTK: RM130
BELUM MSK POS


Terlalu banyak mukjizat di dalam Al-Quran yang dapat digunakan sebagai ayat-ayat penawar pelbagai jenis penyakit dan mengembalikan tenaga serta kesihatan seseorang umat. Namun kekurangan ilmu Al-Quran membuatkan kita sering bergantung kepada perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
Minyak Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita, Kini ianya diperkuatkan dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat suci Al-Quran khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk mengubati sesuatu penyakit dan mengembalikan taraf kesihatan seperti dulu.
Seharusnya kita sebagai hamba perlu merasai kemukjizatan Al-Quran sendiri supaya bertambah iman dan taqwa. Sebagai manusia kita tidak harus behenti berusaha untuk mencari penawar kepada segala penyakit dan penentuannya hanya dengan keizinan Allah S.W.T.
AMARAN : Jangan Dilangkah Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini Kerana Ianya Telah Didoakan.
Kita hanya mampu berikhtiar,
segalanya ditentukan dengan keizinan Allah


Kandungan :
-Intipati minyak halia bara
-Serai
-Limau purut
-Lengkuas
-Pudina
-Bunga cengkih
-Buah pala
-Minyak avocado

Himpunan doa :
-Surah At Taubah Ayat 128
-Surah Luqman
-Surah Fatihah
-Surah Alam Nasyrah
-Surah Al Ikhlas
-Surah Al Falaq
-Surah An Naas
-Surah Kafirun
-Surah Al Baqarah
-Surah Isra Ayat 28
-Ayat Kursi
-Selawat
-Doa Katam Al-Quran
-Doa Untuk Angin Akhmar
-Surah Waqiah Ayat 19
-Surah Israil 105
-Surah Shafat Ayat 47

AMARAN : Jangan dilangkah minyak ini kerana ia telah didoakan.

Sunday, 23 October 2011

ANUGERAH: MINYAK ANUGERAH

HARGA PASARAN: RM48.00
HARGA TAWARAN: RM43.00 (TAK MASUK POS)
Minyak Anugerah
Hasil Keajaiban Al-Quran

Kusut Dengan Masalah Hidup Anda?
Masa untuk Berpaling kepada Keajaiban Al-Quran!
Rumahtangga Semakin Goyang & Hilang Kasih Sayang Suami Isteri?
Ingin Disenangi Ramai & Cepat Bertemu Jodoh?
Anak Lemah Dalam Pelajaran & Semakin Liar?
Mungkin Terkena Sihir atau Perbuatan Orang?
Jalan Keluar Hanya Dengan Usaha Anda yang Berpaut Kepada Kekuasaan Allah
Minyak Kasturi Anugerah yang diperkuatkan dengan bacaan 30 Juzuk ayat Al-Quran dan pelbagai rangkaian doa pilihan yang sering digunakan sebagai petunjuk bagi mereka yang ingin mencapai sesuatu yang dihajati.
KOTAK COKLAT: KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

Sesuai untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga dan kasih sayang antara suami isteri.
Sering kali kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang mengugat tali ikatan pasangan suami isteri. Namun kita harus berusaha bagi memastikan rumahtangga tidak terkorban. Perkuatkan rasa kasih sayang dan hadapi setiap cabaran dengan bersandarkan harapan kepada kekuasaan Allah.
Minyak Anugerah ini diperolehi dari kasturi kijang yang sering disebut sebagai minyak seribu guna. Kini ianya diperkuatkan dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat suci Al-Quran khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk mengembalikan aura keharmonian dan perasaan kasih sayang di antara pasangan suami isteri.
Tertib Penggunaan
  • Berdiri menghadap kiblat
  • Bacakan Al-Fatihah
  • Selawat 3 kali
  • Sapukan sedikit Minyak Anugerah di kedua-dua kening, cuping telinga dan dada sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT
*Bagi pasangan yang sukar mendapat kerjasama suami isteri:
  • Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi.
  • Pusing air itu mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi

KOTAK MERAH: MENAIKKAN SERI & PEMANIS DIRI

Khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk menaikkan seri dan memulih NUR di dalam diri, membuatkan diri disenangi ramai dan dipercepatkan jodoh.
Amalan mandi bunga adalah rahsia masyarakat kita turun temurun, Biasanya ianya digunakan dalam mandian kerana bauan wangi yang sering dikatakan dapat menyuburkan jiwa dan menaikkan seri wajah dan aura diri yang tersembunyi sebelum ini. Hasilnya seseorang itu bukan sahaja disayangi, disenangi malah dihormati ramai.
Mengikut peredaran masa, doa-doa dalam mandian bunga dihimpunkan dalam Minyak Anugerah yang diperolehi dari kasturi kijang yang sering disebut sebagai minyak seribu guna. Kini ianya diperkuat dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat suci Al-Quran khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk menaikkan seri dan memulih NUR dalam diri.
Tertib Penggunaan
  • Berdiri menghadap kiblat
  • Bacakan Al-Fatihah
  • Sapukan sedikit Minyak Anugerah di telapak tangan, digosok kedua-dua telapak tangan sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT.
  • Disapukan naik dari hujung kaki ke hujung kepala sambil membaca selawat
  • Ulangi titisan minyak di telapak tangan, digosok kedua-dua tapak tangan dan diusap muka dengan arah menaik sambil membaca selawat sebanyak 3 kali
*Mandian Seri:
  • Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi
  • Pusing air mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi

KOTAK HIJAU: MENGHINDARI AMALAN SIHIR

Khas untuk mereka yang ingin melindungi diri dan keluarga dari menjadi mangsa amalan ilmu sihir.
Setiap manusia sentiasa terdedah menjadi mangsa amalan ilmu sihir yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Apa yang tersirat di dalam hati orang di sekeliling kita hanya diketahui Allah. Sifat marah, dengki dan iri hati sering mendorong manusia untuk memusnahkan hidup seseorang melalui pelbagai cara walaupun secara halus. Oleh itu haruslah kita sentiasa meminta perlindungan dari Allah dan berusaha untuk menguatkan aura diri supaya ianya menjadi penghalang kepada ilmu sihir.
Tertib Penggunaan
  • Berdiri menghadap kiblat
  • Bacakan Al-Fatihah
  • Bacakan 3 Qul
  • Selawat 3 kali
  • Sapukan sedikit Minyak Anugerah di bahagian tengkuk, kedua-dua kening, telinga dan pelipat tangan sambil lafazkan niat kepada Allah SWT agar dijauhkan dari gangguan jin,iblis dan syaitan
*Selain itu disapu juga pada mana-mana bahagian badan yang terasa sakit akibat gangguan
*Bagi anak-anak kecil yang diganggu atau menangis waktu malam:
  • Disapukan pada ubun-ubun, kening, kedua-dua cuping telinga dan buku lali anak
Bagi gangguan di sekitar rumah, pejabat dan kedai:
  • Tuang beberapa titis Minyak Anugerah ini di dalam bekas atau botol spray untuk semburan sambil membaca Al-Fatihah
  • Pusing air itu mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil bacakan 3 Qul dan selawat sebanyak 3 kali
  • Semburkan air di sekeliling tempat yang diganggu
KOTAK BIRU: KEPINTARAN ANAK

Sering digunakan bagi penerang hati anak-anak dan memudahkan pembelajaran. Juga sesuai untuk menyejukkkan hati anak-anak yang semakin liar.
Tiada yang lebih penting dari memastikan anak-anak kita senang memahami dan mengingati apa yang mereka pelajari. Malah mereka tidak harus berasa gementar ketika menghadapi peperiksaan. Ianya dipekuat dengan ayat suci Al-Quran khusus bagi menerangkan hati dan menenangkan minda.
Tertib Penggunaan
  • Berdiri menghadap kiblat
  • Bacakan Al-Fatihah
  • Selawat 3 kali
  • Sapukan sedikit Minyak Anugerah di ubun-ubun anak dan diusap kepalanya sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT.
  • Kemudian dapatkan anak anda menghidu bau kasturi kijang ini sedalam-dalamnya sambil membaca selawat sebanyak 3 kali
Bagi ibu bapa yang sukar mendapat kerjasama anak-anak:
  • Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ini ke dalam air mandi mereka
AMARAN: Jangan dilangkah minyak ini kerana ianya telah didoakan
PERINGATAN: Janganlah mensyirikkan minyak ini sebagai keramat atau taksub dengan kesannya, Sesungguhnya kita hanya berusaha berlandaskan ajaran Islam dan dengan keizinan Allah SWT.