Thursday, 2 February 2012

JAMU RATU MALAYA

MEMPERKENALKAN SATU LAGI PRODUK TERBARU DARI SENDAYU TINGGI IAITU.....

JAMU RATU MALAYA


PRIHATIN terhadap keperluan golongan berpendapatan sederhana dan rendah, Rozita Ibrahim tampil dengan Jamu Ratu Malaya.

Tentu masih ramai yang tidak kenal jenama yang baru menjenguk pasaran kecantikan di negara itu. Mengambil masa dua tahun menjalankan penyelidikan dan bereksperimen, maka lahirlah Jamu Ratu Malaya - anak syarikat Sendayu Tinggi. Keyakinan Rozita terhadap produk syarikat barunya itu sememangnya menggunung.

Bukan sekadar mahu berkongsi manfaat produk tersebut dengan pengguna, matlamat pengasas Sendayu Tinggi itu hakikatnya lebih daripada itu.

Ditanya mengapa memilih nama Ratu Malaya yang kedengaran agak ke belakang, Rozita memberitahu, beliau mahu mengangkat kehebatan jamu berasaskan produk herba yang sememangnya terkenal di kalangan orang Melayu.

Baginya, nama Ratu Malaya amat menarik dan sinonim dengan kecantikan dan keistimewaan produk yang dikeluarkan.

Tidak mahu tergesa-gesa membina nama, Rozita memastikan setiap produk yang dikeluarkan mempunyai keberkesanan tersendiri. Sebab itu, produk Jamu Ratu Malaya menemui pengguna secara berperingkat.

Empat produk kini di pasaran adalah set Bio Miracle Action Deep Repairing Serum dan Deep Repairing Cream, Antheia Soap (untuk kulit muka), Zinnia Magenta Soap dan Korean Ginseng Tonic. Puas dengan keberkesanan rangkaian produk itu, Rozita yakin ia akan menjadi pilihan mereka yang bermasalah kulit wajah. Gabungan sel tangkai epal Swiss-Jerman dan ekstrak bunga Spilanthe Acmella, krim pemulih sel-sel kulit wajah itu bertindak sebagai anti-penuaan untuk semua lapisan umur. Bukan itu saja, ia turut membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan pada kadar segera.

Menamakan krim tersebut sebagai miracle, tentunya kesan pemulihan selepas dua bulan menggunakan produk tersebut amat menakjubkan.

Bagi kebanyakan testimoni yang mencuba produk tersebut sebelum ia dipasarkan, masalah seperti pigmentasi, jerawat, kedut dan kulit wajah tidak sekata berjaya diselesaikan.

Serum istimewa yang menggabungkan akar manis dan beberapa jenis bunga liar serta ekstrak daun Camelia Sinensis pula merawat masalah kulit dari dalam.

Kesannya segera dapat dirasai sesuai dengan fungsi serum mempercepatkan proses pembaharuan sel-sel kulit menjadikan kulit licin, lembut dan halus.

Serum Jamu Ratu Malaya juga mampu berfungsi sebagai pelembap kulit yang baik, merangsang dan mempercepatkan pembentukan kolagen serta mencerahkan kulit.

Bagi yang bermasalah parut jerawat, Bio Miracle Action Deep Repairing Serum membantu merawat parut sekali gus menjadikan kulit tampil menawan serta mengurangkan kedut-kedutan pada permukaan kulit.

Ain, salah seorang pengguna produk ini tidak pernah menyangka masalah kulit wajahnya yang teruk disebabkan ketidakseimbangan hormon dapat diselesaikan selepas dua bulan mencuba krim dan serum.

"Saya mempunyai masalah hormon lelaki dalam tubuh. Jerawat hampir menutupi wajah selain masalah kulit kusam dan kasar menyebabkan saya malu berjumpa orang.

"Alhamdulillah, Jamu Ratu Malaya membantu merawat masalah saya. Sebelum ini saya berputus asa kerana produk-produk lain langsung tidak membantu. Paling penting harga yang ditawarkan amat berpatutan,'' katanya.

Sementara itu seorang lagi pengguna produk, Salma berkata, perubahan wajahnya cukup ketara sejak menggunakan produk Jamu Ratu Malaya.

Daripada dipenuhi jerawat, wajahnya kini lebih licin dan menjadikan dirinya lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

No comments:

Post a Comment