Saturday, 10 September 2011

SET BERSALIN AFIAT

HARGA PASARAN: RM89.90
HAR
GA TAWARAN: RM85.00
TAMBAH RM10.00 UNTUK POS


Ubat bersalin ini serba lengkap untuk 44 hari.Isi-isi yang terkandung didalam set ini ialah:

MINYAK AFIAT ( 250 ml )

Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.

GEL MANDIAN SERAI WANGI (125 ml)

Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.

FEMININE CARE (PENCUCI WANITA) (60 ml)

Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.

BEDAK HANGAT AFIAT ( 100 g)

igunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.

PIL JAMU AFIAT ( 528 biji )

Untuk dimakan selepas bersalin. Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.

AKAR KAYU PERIUK AFIAT ( 100 g )

Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.

BARUT AFIAT

Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.

BALM AFIAT

Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.

MAKJUN BAWANG PUTIH

Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

TALI PEMBENTAN AFIAT

Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu

No comments:

Post a Comment